Jersi Perak cantik, saya dah tengok – Presiden PAFA

Jersi Perak cantik, saya dah tengok – Presiden PAFA

IPOH: Jersi kita cantik, saya dah tengok, Itu reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ini bagi mengulas tentang persiapan skuad The Bos Gaurus itu terutamanya mengenai jersi yang bakal digunakan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Ahmad Faizal berkata, setakat ini tidak timbul apa-apa masalah berhubung jersi berkenaan sebagaimana yang diperkatakan orang ramai pada ketika ini.

Justeru menurutnya, sebarang makluman berhubung jersi termasuk persiapan pasukan akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

“Kalau semua benda kita nak tunjuk, kita tak ada element of surprise. Tak tahulah kat luar cerita macam-macam.

“Jersi kita tak ada masalah. Cantik, saya dah tengok. Orang tanya Jako ke apa ke, tunggulah. Nanti saya bagitahulah.

“Tak payahlah saya umumkan dahulu. Begitu juga pemain,” katanya, lapor Sinar Harian.

Isu jersi baharu pasukan Perak mula menjadi bualan hangat terutamanya dalam kalangan penyokong apabila pelancarannya yang dijadualkan berlangsung 11 Januari lalu ditunda.

Penundaan pada saat-saat akhir itu telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )