myBAS Ipoh mula laksana sistem tanpa tunai

myBAS Ipoh mula laksana sistem tanpa tunai

IPOH: Perak Transit dan myBAS Ipoh yang merupakan myBAS pertama di Malaysia kini telah mula menggunakan sistem tanpa tunai.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini dilihat selari dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan bas.

Sistem ini katanya dalan memastikan perkhidmatan yang boleh diharap, selesa, selamat serta menepati keperluan semasa penduduk setempat.

“Perkara ini merupakan satu inisiatif yang baik dan memang kerajaan ingin mensyaratkan kepada syarikat-syarikat bas supaya semua syarikat pengendali pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti di seluruh negara mengambil langkah untuk melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai.

“Kerajaan sedang berusaha untuk mentransformasikan ekonomi kearah ekonomi digital, katanya selepas melancarkan penggunaan sistem Touch ‘N Go semasa Majlis Pelancaran Penggunaan Sistem Touch ‘N Go Perak Transit dan myBAS di Terminal Amanjaya, Meru pada khamis.

Katanya, insentif kerajaan kepada eWallet untuk 15 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM450 juta adalah salah satu insentif ke arah itu.

Loke mengharapkan agar boleh mengadaptasi sistem ini dan menteri itu yakin dengan pengenalan sistem tersebut ia akan dapat meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di negara ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )