Asmuni lancar program Sayangi Rumahku, serah kunci kepada penerima pertama

Asmuni lancar program Sayangi Rumahku, serah kunci kepada penerima pertama

GERIK: Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan satu lagi inisiatif kebajikan untuk rakyat di negeri ini iaitu program Sayangi Rumahku.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi ketika majlis penyerahan kunci kepada penerima pertama program tersebut di Kampung Perah, Gerik.

Asmuni berkata, program di bawah kelolaan Yayasan Perak ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak yang amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan khususnya bagi golongan keterbawahan di negeri ini terutama kepada mereka yang berdaftar dengan e-kasih.

Menurutnya, program ini bertujuan untuk membantu golongan keterbawahan dalam menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang lebih selesa agar mereka mendapat sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.

“Kita amat bersyukur kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah dana untuk perlaksanaan program ini yang memfokus kepada bantuan kepada golongan keterbawahan di Negeri Perak.

“Peruntukan untuk program ini telah dibentangkan semasa Belanjawan Negeri Perak bagi Tahun 2019 yang lalu oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu,” katanya dalam ucapan perasmian mewakili Menteri Besar Perak.

Asmuni berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Kunci Program Sayangi Rumahku Yayasan Perak di Kampung Perah, Gerik.

Asmuni yang juga Pengerusi Yayassn Perak berkata, peruntukan berjumlah RM5 juta telah disediakan oleh kerajaan negeri untuk perlaksanaan program ini pada tahun 2019 yang meliputi bantuan membaik pulih rumah serta membina rumah baru secara percuma kepada golongan keterbawahan.

Setakat ini katanya sebanyak 146 penerima telah menerima manfaat daripada program ini yang meliputi 84 penerima bantuan baik pulih rumah serta 62 penerima rumah baru.

“Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan dana yang sama seperti tahun lepas iaitu berjumlah RM5 juta untuk perlaksanaan Program Sayangi Rumahku sepanjang tahun ini.

“Dianggarkan sebanyak 200 penerima akan menerima manfaat baik pulih rumah serta 60 penerima akan menerima manfaat untuk memiliki rumah baru yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berharap program Sayangi Rumahku ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya dapat memberi manfaat kepada rakyat di negeri Perak.

Asmuni menandatangani plag gimik perasmian rumah melalui program Sayangi Rumahku.
Mohamad Zuhaili ternyata gembira dengan sumbangan ini dan beliau megucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang sangat prihatin kepada rakyat.

Dalam pada itu, penerima pertama program Sayangi Rumahku, Mohamad Zuhaili Md Zaili, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan sebuah rumah kepada keluarganya.

Rumah dengan nilai harga RM48 ribu dengan kelengkapan tiga bilik tidur dan satu bilik air merupakan anugerah yang cukup berharga buat beliau sekeluarga.

“Tidak tergambar betapa gembiranya saya dengan pemberian sebuah rumah ini. Saya sangat bersyukur.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Perak terutamanya Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Dato’ Asmuni Awi kerana menganugerahkan pemberian ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )