79 pelajar dari 47 sekolah di Perak dilaporkan dijangkiti influenza

79 pelajar dari 47 sekolah di Perak dilaporkan dijangkiti influenza

IPOH: Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Exco Pendidikan, Sains,Teknologi dan Alam Sekitar melaporkan seramai 79 pelajar dari 47 sekolah di Perak dilaporkan dijangkiti virus influenza.

Data itu melaporkan, Daerah Kinta Utara merekodkan bilangan pelajar paling tinggi dijangkiti virus tersebut iaitu 32 orang membabitkan 20 sekolah.

Seramai 17 pelajar dari empat sekolah di daerah Bagan Datuk, daerah Larut Matang dan Selama (12), Manjung (8), Kuala Kangsar (4) dan Kinta Selatan (2).

Sementara Perak Tengah, Kerian, Hilir Perak dan Batang Padang masing-masing seorang pelajar dijangkiti.

Semua pelajar yang dijangkiti itu kini dikuarantin di rumah masing-masing sehingga mereka kembali sihat dan atas nasihat doktor.

Setakat ini, hanya Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (Semesti) sahaja yang ditutup berikutan seramai 10 pelajar asramanya dijangkiti influenza A sekali gus menjejaskan sesi pembelajaran 570 pelajar lain di sekolah berkenaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )