Kerajaan Perak perkenal program Harapan Kasih Food Bank

Kerajaan Perak perkenal program Harapan Kasih Food Bank

IPOH: Harapan Kasih Food Bank telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kesinambungan program-program kebajikan kepada rakyat Negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, Wong May Ing berkata, program Kad Prihatin dan Kotak Harapan adalah insentif utama kerajan negeri dalam membantu golongan yang memerlukan dan program Harapan Kasih Food Bank usaha tambahan dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Program Kad Prihatin dan Kotak Harapan telah memberikan impak yang tinggi dalam kalangan rakyat khususnya kepada kumpulan fokus yang menerima bantuan.

“Harapan Kasih Food Bank adalah inisiatif kesinambungan program-program kebajikan yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak,” katanya menerusi laman Facebooknya mengulas kepada program Majlis Penyerahan Sumbangan Harapan Kasih Food Bank DUN Teja yang diadakan pada 10 Januari lalu.

Wong May Ing bersama Adun Teja, Sandrea Ng bergambar bersama para penerima bantuan menerusi program Harapan Kasih Food Bank.

Menurut Wong, Dun Teja telah terpilih sebagai kawasan perintis bagi melaksanakan projek ini dan akan diteruskan di seluruh negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyelamatkan lebihan makanan yang masih berada di dalam keadaan baik dan tidak tercemar melalui pengumpulan daripada premis-premis hypermarket dan pasaraya.

“Dengan kerjasama di antara kerajaan dan sektor swasta, lebihan makanan yang berada dalam keadaan baik akan disalurkan kpd penerima B40.

“Ini telah menjadi pelengkap kepada program kebajikan kerajaan yang sedia ada dalam membantu rakyat,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )