MB Perak rasmi Program Lestari Pendidikan, fokus bantu perkasa pendidikan

MB Perak rasmi Program Lestari Pendidikan, fokus bantu perkasa pendidikan

IPOH: Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak (PRKPP) telah mengorak langkah menganjurkan Program Lestari Pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di negeri ini.

Ini sebagai tanda keprihatinan dengan kepentingan memperkasa pendidikan anak-anak Perak.

Hari ini, Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Tambun, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah merasmikan program sulung inisitiaf ini di Sekolah Kebangsaan Tambun.

Program ini turut melibatkan murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Taman Perpaduan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah, PIBG dan agensi serta jabatan kerajaan.

Pelbagai program dianjurkan sepanjang program satu hari ini antaranya sesi bersenam dan kesedaran mengenai climate change.

Selain itu program memupuk minat anak-anak pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) telah diadakan serta pelbagai lagi bagi memupuk sahsiah diri yang baik di kalangan murid-murid yang terlibat.

Program ini juga akan turut berlangsung di beberapa daerah yang lain antaranya Kuala Kangsar, Batang Padang dan Perak Tengah pada hujung minggu ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )