Kalau rumah atap bocor, dinding reput mari jumpa saya – Hasnul

Kalau rumah atap bocor, dinding reput mari jumpa saya – Hasnul

PARIT BUNTAR: “Kalau rumah atap bocor, rantai reput, dinding reput, bilik air rosak mari jumpa saya. Yang itu kita boleh tolong repair,” demikian kata Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau berkata demikian ketika sesi sembang santai bersama masyarakat di Kampung Tebok Jawa, Parit Buntar, disini semalam.

Beliau telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada penduduk yang hadir untuk mengadu sebarang permasalahan yang mereka hadapi.

Katanya, pihat Pusat Khidmat Dun Titi Serong sentiasa komited membantu masyarakat disitu khususnya golongan susah dan memerlukan.

“Majoriti daripada mereka memohon bantuan baik pulih rumah yang mana rumah mereka masing-masing mempunyai kerosakan seperti bumbung bocor, lantai rosak dan sebagainya.

“Bantuan baik pulih rumah ini adalah permohonan yang menjadi keutamaan saya, ini kerana keselesaan hidup merupakan satu keperluan bagi semua manusia,” katanya ketika ditemui Perak Insights di majlis tersebut.

Hasnul berucap di majlis sembang santai bersama masyarakat di Kampung Tebok Jawa, semalam
Seorang penerima menerima sumbangan kebajikan daripada wakil rakyat mereka.

Exco Kerajaan Negeri Perak itu berkata, program sembang santai seperti ini adalah platform terbaik beliau untuk mendengar rintihan dan harapan rakyat.

“Alhamdulillah, menerima kehadiran yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.
“Mereka hadir bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan semasa tentang pentadbiran kerajaan dan peluang-peluang bantuan daripada pihak kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memperhalusi dan meluluskan beberapa permohonan daripada Masjid Rahmaniah Tebok Jawa antaranya peruntukan membaiki infrastruktur masjid dan kelengkapan IT, serta permohonan daripada pihak biro wanita masjid tersebut.

Dalam majlis itu juga, Hasnul telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga yang terpilih dari kalangan fakir miskin, warga tua dan golongan yang memerlukan bagi mengurangkan bebanan mereka.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )