Kekalahan Kimanis satu signal, kenalpasti kelemahan

Kekalahan Kimanis satu signal, kenalpasti kelemahan

IPOH: Kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis harus diterima dengan positif oleh semua pihak.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sifatkan kekalahan itu merupakan satu signal kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Kata beliau, semua pihak harus mengenalpasti segala kelemahan seterusnya memperbaikinya ke arah yang lebih baik.

“Keputusan PRK Kimaanis harus diterima dengan positif semua pihak selain mengenal pasti dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan parti.

“Saya menyeru agar hubungan antara parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan diperkukuhkan lagi,” katanya dalam satu program di Ipoh.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh BN telah memberi kesan kepada sokongan Warisan seterusnya mereka berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

“Isu-isu yang dekat di hati masyarakat Bumiputera seperti di Kimanis perlu diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan.

“Saya juga berharap kita tidak mempolemikkan lagi perkara-perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada usaha untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap PH,” katanya, lapor Perak Today.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )