Pusat Komersial Botani Village wujudkan banyak peluang pekerjaan

Pusat Komersial Botani Village wujudkan banyak peluang pekerjaan

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu semalam telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pusat Komersial Botani Village di Bandar Seri Botani.

Pusat komersial itu merangkumi pembinaan sebuah kompleks sukan, medan selera, blok kedai pejabat, unit bazar, kiosk pandu lalu makanan segera dan sebuah pasaraya Econsave dengan keluasan melebihi 100,000 kaki persegi.

Selain itu, disitu akan dibangunkan sebuah projek ‘township’ terbesar di negeri Perak, ke semua pembangunan ini adalah dengan keluasan 1,250 ekar dan ia dibangunkan oleh Pinji Botanics Sdn Bhd.

Ahmad Faizal, Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited untuk bekerjasama dengan para pemaju kerana sektor pembinaan, khususnya perumahan adalah sektor yang amat penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya, pemaju juga berperanan dalam membantu rakyat untuk membina kehidupan berkeluarga dengan menawarkan produk-produk kediaman yang selesa kepada rakyat.

Selain itu katanya, projek ini secara tidak langsung akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan projek seperti ini dimana ia bukan sahaja dapat memberi kemudahan yang selesa kepada para penduduk tetapi membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan penduduk sekitar,” katanya.

Beliau turut memuji pihak Pinji Botanics Sdn Bhd kerana menjadi satu-satunya pemaju perumahan di negeri Perak yang menyediakan khidmat polis bantuan untuk mengawal keselamatan di sekitar Bandar Seri Botani.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )