Kerajaan PH Perak tamatkan penantian 156 keluarga untuk miliki tanah

Kerajaan PH Perak tamatkan penantian 156 keluarga untuk miliki tanah

BATU GAJAH: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak berjaya menamatkan penantian 156 keluarga untuk menerima hak milik tanah.

Seramai 32 keluarga dari Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Papan dan 124 keluarga dari RPT Bemban masing-masing menerima Notis 5 A daripada kerajaan negeri.

Menteri Besari Perak, Dato’Seri Ahmad Faizal Azumu telah menyerahkan notis hakmilik pajakan 99 tahun itu dalam satu majlis di Arena Square Batu Gajah, dekat sini hari ini.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah penerima, malah ada di kalangan mereka yang menitiskan air mata kerana penantian di antara 30 tahun dan 50 tahun untuk mendapatkan hakmilikan itu berakhir dengan kegembiraan.

Ahmad Faizal berkata, sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pentadbiran di negeri ini, kerajaan berusaha untuk menyelesaikan hak milikan tanah khususnya golongan yang memerlukan.

Usaha ini kata beliau adalah demi memberi keadilan sosial dan pembelaan nasib rakyat tempatan.

“Hari ini kerajaan negeri telah berjaya menyelesaikan isu tanah ini dan mereka mendapat Notis 5A untuk hak milik tanah masing-masing.

“Pemberian hakmilikan kepada para penduduk di RPT Papan dan RPT Bemban ini adalah bukti iltizam Kerajaan Pakatan Harapan Perak bagi memberikan keadilan sosial kepada rakyat yang layak, katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal, kerajaan negeri telah mewartakan kira-kira 10.714 hektar di Mukim Sungai Terap bagi RPT Bemban dan baki kawasan seluas kira-kira 55.368 hektar diluluskan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP) sebagai Skim Pembangunan Rumah Mampu Milik.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )