Pembangunan Hutan Simpan Kledang Saiyong akan dipastikan patuh EIA

Pembangunan Hutan Simpan Kledang Saiyong akan dipastikan patuh EIA

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mencari kaedah terbaik dalam memastikan projek pembangunan di Hutan Simpan Kledang Saiyong di Chepor dekat Ipoh mengikut spesifikasi Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu perlu diambil kira kerana kerajaan negeri tidak mahu projek pembangunan itu memberi impak negatif terhadap penduduk sekitar.

“Projek pembangunan telah diluluskan jauh lebih awal sebelum pentadbiran saya. Kita akan perhatikan perkara ini supaya kalau pun berlaku apa-apa pembangunan mestilah mengikut peraturan EIA dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penyampaian hak milik Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Notis 5A RPT Bemban di Arena Square Batu Gajah di sini, hari ini.

Pada 5 Jan lepas, sebahagian penduduk Taman Chepor Sentosa membantah kerja-kerja pembersihan tanah bagi tujuan pembangunan di Hutan Kledang Saiyong kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada kawasan kediaman mereka.

Menjelas lanjut, Ahmad Faizal berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil penduduk di kawasan itu dan mereka memohon supaya kerajaan negeri meneliti kembali projek pembangunan yang dijalankan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )