#PerakYouthPower jelajah seluruh negeri dengar pandangan golongan muda

#PerakYouthPower jelajah seluruh negeri dengar pandangan golongan muda

IPOH: Kerajaan Negeri Perak melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) telah menganjurkan program #PerakYouthPower sebagai platform mendekati anak muda serta mendengar idea dan aspirasi mereka.

Jelajah #PerakYouthPower telah diadakan di seluruh negeri Perak dengan menampilkan tokoh-tokoh anak muda dari pelbagai latar belakang dalam sesi perbincangan dua hala.

Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, program ini adalah sebagai platfom anak muda menggarap idea-idea dan mendengar buah pandangan dari panelis yang sudah teruji di dalam pelbagai lapangan.

Menurutnya, segala idea, pandangan, perkongsian, analisa dan kritikan akan diraikan dan diambil peduli Kerajaan Negeri Perak.

Katanya, melalui program ini anak muda dan para pimpinan belia juga telah mengambil bahagian dalam berkongsi cabaran dan masalah.

Selain itu, kelompok ini boleh bertanya secara langsung kepada panelis tentang penyelesaian bagi perkara-perkara yang melibatkan aktiviti mereka.

“Edisi sulung bagi Jelajah #PerakYouthPower telah berjaya dilangsungkan pada 28 Disember tahun lalu di Taiping.

Program ini mendapat sambutan daripada golongan muda yang datang mendengar dan berkongsi idea.

“Program pada hari ini telah berjaya mengumpulkan hampir 120 orang pimpinan dan anak muda di sekitar kawasan Taiping.

“Jelajah ini bersambung ke selatan negeri iaitu di Dewan Seri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada 18 Januari lalu,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada panelis-panelis yang datang dan berkongsi pengalaman mereka dengan anak muda di Perak antaranya Senator Yusmadi Yusoff, Low Ngai Yuen, Faris Fahmi , Zul Fikri Zamir dan ramai lagi.

Mereka katanya berjaya mengupas topik yang dilontarkan kepada mereka dengan bernas serta menginspirasi.

Jelajah #PerakYouthPower ini akan diteruskan di daerah Perak Tengah pada 8 Februari 2020 manakala konvensyen Perak Youth Power pula akan dilangsungkan di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 22 Februari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )