700 orang sertai Run Rusty Run demi anak Perak ke Jerman!

700 orang sertai Run Rusty Run demi anak Perak ke Jerman!

IPOH: Layak untuk berentap di peringkat antarabangsa sudah pasti merupakan satu kebanggan bagi semua orang.

Ia sudah pasti sangat diidamkan oleh semua pihak, ini kerana bukan muda untuk sesiapa pun atau mana-mana pihak untuk layak ke peringkat antarabangsa.

Bagi pereka cipta motosikal buatan sendiri (builder), Muhammad Khalid Musa, perjalanan yang ditempuh olehnya hingga beliau layak menghadapi kejuaraan dunia bukanlah satu perkara yang mudah.

Beliau perlu berentap di dalam pemilihan pertandingan yang sudah pasti memakan perbelanjaan dan cabaran yang tinggi.

Namun hasil usaha Khalid, akhirnya berjaya untuk melayakkan diri beliau mengharungi cabaran peringkat antarabangsa di AMD World Championship of Custom Bike Building di Cologne, Jerman yang dijadualkan berlangsung Oktober ini.

Muhammad Khalid Musa akan berentap di AMD World Championship of Custom Bike Building di Cologne, Jerman

Namun begitu, misi anak muda kelahiran Ipoh, Perak ini agak terbantut ekoran kekangan dana.

Bagi mencapai cita-cita tersebut, Muhammad Khalid melalui Rusty Factory nekad berusaha mencari dana bagi merealisasikan hasrat untuk berentap membawa nama Malaysia.

Usaha beliau disahut oleh gabungan pelbagai jenama NGO disekitar Ipoh di bawah BagiRuang antaranya Autism Rangers, Verussika, dan GIG Ipoh.

Mereka telah bersatu hati dan bergabung tenaga mengumpul dana dengan menganjurkan pelbagai program.

Antara program yang diadakan ialah larian RunRustyRun yang mana motif larian ini bertujuan untuk mewar-warkan kejayaan anak jati Ipoh ini selain mengumpul dana membantu beliau membuat persiapan ke pertandingan tersebut.

Larian ini telah berlangsung pada 19 Januari lalu di Movie Animation Park Studio, Meru Ipoh dan telah disertai oleh kira-kira 700 orang peserta daripada seluruh negara.

Semangat anak-anak muda ini harus dijadikan inspirasi kepada semua.
Para peserta menyertai larian tanda kebersamaan mereka kepada usaha Muhammad Khalid
Para peserta daripada pelbagai lapisan umur.
Bukan hadiah yang diminta, tetapi mereka mahu menyumbang walaupun sedikit demi mencapai hasrat anak Malaysia.
Antara tulang belakang kepada penganjuran program ini.

Setiap penyertaan itu telah membantu Muhammad Khalid mengumpul dana dalam menampung pembikinan semula motosikal.

Beliau juga memerlukan dana yang tinggi untuk menampung perbelanjaan perjalanan beliau bersama krew ke Jerman.

Ke semua perbelanjaan menelan kos kira-kira RM100 ribu, namun beliau tetap tekad untuk berentap di eropeh demi mencapai satu takhta Malaysua juara di peringkat dunia!

Ayuh teruskan sumbangan dan dokongan anda kepada anak muda ini!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )