GLC Perak berjaya dipulihkan, berjaya catat keuntungan

GLC Perak berjaya dipulihkan, berjaya catat keuntungan

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah berjaya meletakkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam landasan pemulihan, malah ada di antaranya telah berjaya mencatat keuntungan.

Namun, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagi GLC yang mewarisi hutang terlalu besar kerajaan negeri memerlukan masa sedikit untuk dipulihkan.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri komited untuk memastikan semua GLC negeri berdaya saing.

“Kita juga tegas bahawa semua GLC negeri mesti kembali kepada roh asal penubuhan mereka, iaitu membantu kerajaan negeri dalam membela nasib rakyat,” katanya ketika Majlis Executive Talk dan Amanat Tahun Baru 2020 Bersama Penjawat Awam Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada GLC negeri yang telah menyahut seruannya pada majlis yang sama tahun lalu untuk menggerakkan inisiatif Kampung Angkat Orang Asli.

“Alhamdulillah, setakat ini lebih 20 penempatan Orang Asli telah diambil sebagai kampung angkat dan kita jangkakan jumlah ini akan terus bertambah tahun ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )