25 penggiat seni dan kreatif tempatan terima dana Kerajaan Perak

25 penggiat seni dan kreatif tempatan terima dana Kerajaan Perak

IPOH: Sebagai tanda sokongan kepada para penggiat seni dan kreatif, Kerajaan Negeri telah menyalurkan dana kepada 25 penerima melalui Dana Kreatif Perak@Port.

Mereka terdiri dari kalangan penggiat seni antaranya seni visual, sastera, seni persembahan moden dan kontemporari, dan seni muzik.

Dana ini telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing.

Dana ini adalah sebagai tanda sokongan kerajaan negeri kepada bakat-bakat seni Perak dalam usaha mencapai status ‘creative city’ pada masa hadapan.

Pihak PORT atau nama singkatan kepada People Of Remarkable Talent telah menerima 78 permohonan yang telah dinilai oleh barisan panel pemilihan.

Antara panel pemilihan ialah tokoh jemputan yang berpengalaman luas dalam industri seni, teater, muzik, sastera dan filem iaitu Bayu Utomo Radjikin dan Amir Muhammad.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )