9 politeknik terima pengiktirafan status emas penilaian APACC

9 politeknik terima pengiktirafan status emas penilaian APACC

IPOH: Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub selasa lalu menyampaikan perutusan sempena tahun baharu 2020 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Majlis amanat kali ini telah dihadiri seramai kira – kira 1000 warga Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia yang terdiri daripada pengarah, pensyarah, pelajar serta alumni daripada 36 institusi politeknik dan 103 institusi kolej komuniti seluruh Malaysia.

Majlis amanat ini merupakan satu acara tahunan anjuran JPPKK bertujuan bagi menyempurnakan amanat serta perutusan dari Ketua Pengarah JPPKK kepada seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.

Pada tahun lepas, majlis amanat Ketua Pengarah JPPKK telah diadakan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ts. Dr. Mohammad Naim Yaakub berucap menyampaikan perutusan sempena tahun baharu 2020 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Majlis amanat kali ini telah dihadiri seramai kira-kira 1000 warga Politeknik & Kolej Komuniti Malaysia

Bertemakan “Menerajui Teknologi Melestarikan TVET”, Mohammad Naim telah menyentuh beberapa tajuk utama antaranya adalah pencapaian Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia sepanjang tahun 2019, hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 dan hala tuju Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia pada tahun 2020.

Pada majlis amanat yang sama, Pengarah JPPKK itu turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 9 pengarah Politeknik Malaysia telah menerima pengiktirafan status emas dalam penilaian Akreditasi Peringkat Antarabangsa Asia Pasifik (APACC).

Selain itu 32 Politeknik Malaysia turut menerima anugerah kerana berjaya mencapai KPI pada tahun 2019.

Pasukan Robotik FIRA Politeknik Malaysia juga menerima anugerah atas kecemerlangannya di Kejohanan Robotik di Korea dan pelajar yang telah mewakili Kolej Komuniti Malaysia semasa pertandingan WorldSkills di Kazan, Rusia.

Dalam program tersebut, Mohammad Naim juga telah melancarkan program 4IR-Flagship, satu platform yang menyelaras 10 teknologi inovasi pelbagai bidang yang melibatkan 9 institusi Politeknik dan 1 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )