Kerajaan Perak laksana pelbagai program tingkatkan kemahiran Orang Asli

Kerajaan Perak laksana pelbagai program tingkatkan kemahiran Orang Asli

IPOH: Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited membela nasib orang asli di negeri ini.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi berkata, pentadbiran Pakatan Harapan mempunyai visi untuk memajukan masyarakat Orang Asli secara menyeluruh supaya dapat bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini.

Katanya, kerajaan mahu membantu mengubah pemikiran rakyat terhadap Orang Asli dalam usaha membantu membangunkan masyarakat kaum minoriti itu.

“Pelbagai program telah dilaksanakan dalam meningkatkan kemahiran, ekonomi dan taraf kehidupan mereka.

“Antara yang dilaksana kerajaan ialah program keusahawanan orang asli, program pendidikan, pembangunan sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bot dan Peralatan Kampung Sungai Tiang di Jeti Awam Tasik Banding, Gerik disini hari ini.

Asmuni menaiki bot yang diserahkan kepada masyarakat Orang Asli di parlimen Gerik.

Asmuni menyantuni seorang penduduk Orang Asli di majlis tersebut.

Asmuni menjelaskan, kerajaan telah mempelbagaikan program dengan memenuhi citarasa dan kemampuan mereka bagi memastikan setiap objektif itu berjaya direalisasikan.

Beliau juga memberi penekanan kepada belia-belia Orang Asli agar lebih bergiat aktif dengan pelbagai program yang mampu memberi manfaat serta meningkatkan kemahiran masyarakat itu.

“Saya sarankan kepada belia-beliau untuk menubuhkan Kelab Belia Orang Asli.

“Kelab ini mampu memberi khidmat bakti kepada masyarakat dengan peranannya dan fungsi yang tertentu.

“Saya selaku pimpinan kerajaan negeri sudah pasti akan memberi sokongan yang sepenuhnya daripada pelbagai sudut,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau menyarankan kepada Orang Asli agar memanfaatkan keindahan setempat serta flora dan fauna di kawasan mereka sebagai tarikat pelancong.

“Saya memohon agar hubungan masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar dapat diperingkatkan.

“Sekiranya berlakukan apa-apa masalah, boleh berhubung dengan kerajaan negeri dan pihak yang berkaitan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )