Berita palsu, tiada penularan wabak koronavirus di Ipoh

Berita palsu, tiada penularan wabak koronavirus di Ipoh

IPOH: Tiada penularan wabak koronavirus di Ipoh seperti yang tular di media sosial, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai penyebaran dakwaan berkenaan yang turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tiada koronavirus di sana,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu, satu hantaran di Facebook mendakwa virus itu tersebar di Ipoh.

Turut disertakan di dalam status terbabit, gambar seorang pesakit sedang diusung masuk ke hospital oleh kakitangan perubatan.

Isu mengenai penularan wabak berkenaan mencetuskan kebimbangan di negara ini.

Pemerhatian di media sosial mendapati, ada netizen yang membuat andaian serta berkongsi pautan dengan umum daripada sumber yang tidak diketahui.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )