Jangan cetuskan suasana panik, patuhi nasihat KKM

Jangan cetuskan suasana panik, patuhi nasihat KKM

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diminta supaya bertenang dan tidak mencetuskan suasana panik dengan berita penularan kes coronavirus yang menjadi perhatian seluruh dunia pada ketika ini.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain berkata, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah pun mengambil tindakan awal menangani kes ini mengikut Standard Operational Procedure yang digariskan.

Tegasnya, Pemuda AMANAH ingin menasihatkan semua pihak supaya berhubung dengan pihak yang berautoriti untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan isu ini.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan isu ini.

“Semoga keadaan ini dapat dikawal sebaiknya dan Malaysia bebas daripada jangkitan ini,” kata Exco Kerajaan Negeri Perak itu dalam satu kenyataan.

Setakat ini, empat kes Koronavirus disahkan di negara ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )