Kajian: Malaysia ke-3 di Asia dalam kesiapsiagaan hadapi wabak

Kajian: Malaysia ke-3 di Asia dalam kesiapsiagaan hadapi wabak

KAJIAN kesihatan global meletakkan Malaysia di kedudukan ke-18 di kalangan 195 negara, dari segi kesiapsiagaan menghadapi wabak penyakit.

Keputusan kaji selidik Indeks Keselamatan Kesihatan Global – untuk menjelaskan kesiapsiagaan negara dan keupayaan menangani penyakit berjangkit -dilancarkan Oktober lalu, beberapa bulan sebelum wabak koronavirus baru dikesan.

Di Asia, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang Thailand dan Korea Selatan – dua negara antara “paling bersedia” dalam senarai, yang masing-masing berada di tempat keenam dan kesembilan daripada 195 negara yang dikaji.

Negara-negara Asia dengan skor purata lebih rendah daripada Malaysia termasuk Jepun, serta negara jiran Singapura dan Indonesia.

Negara-negara ini dinilai dan skor antara 0 hingga 100 markah berdasarkan maklumat umum keupayaan untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas kepada wabak, dan juga sistem kesihatan menyeluruh, pematuhan norma antarabangsa dan pengurusan risiko.

Secara keseluruhan, Malaysia mendapat skor melebihi purata di semua enam kategori, dengan skor yang tinggi terutamanya untuk kategori pengesanan (73.2) dan pengurusan risiko (72).

Dalam enam kategori, negara-negara ini dinilai untuk seksyen tertentu.

Malaysia mendapat markah penuh dalam beberapa bidang termasuk komunikasi dengan pekerja penjagaan kesihatan semasa berlaku kecemasan kesihatan awam, berbanding skor purata 15.1 di kalangan semua 195 negara.

Indeks itu dihasilkan bersama oleh Johns Hopkins Center yang berpangkalan di AS untuk Keselamatan Kesihatan dan Inisiatif Ancaman Nuklear, bersama-sama dengan Unit Perisikan Economi.

“(Indeks) ini adalah penilaian yang komprehensif yang pertama dan menjadi penanda aras keselamatan kesihatan dan keupayaan yang berkaitan di seluruh 195 negara yang tetakluk kepada Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005,” kata GHS, lapor Malaysiakini.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad hari ini berkata kementeriannya akan meminta peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk menghadapi wabak koronavirus yang baru, dengan empat kes yang disahkan di Malaysia setakat ini, dan lima lagi kes yang disyaki.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )