“Sebelum ini susah sangat nak jumpa wakil rakyat”

“Sebelum ini susah sangat nak jumpa wakil rakyat”

IPOH: Program Sembang Santai anjuran Pejabat Exco Penerangan Negeri Perak mendapat respon yang positif daripada masyarakat.

Rata-rata mengatakan program ini sangat inklusif kerana rakyat dapat bertemu dengan lebih dekat dengan pemimpin mereka.

Sebelum ini, mereka mengatakan sangat sukar untuk masyarakat bertemu wakil rakyat dan pimpinan yang dipilih oleh mereka.

Program seperti ini memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk menyampaikan sebarang permasalahan dan harapan mereka kepada kepimpinan.

Hari ini berlangsungnya Program Sembang Santai bagi siri yang ketiga dan ia telah berlangsung di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 3 Dun Manjoi.

Program ini telah dihadiri oleh dua Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu Dato’ Asmuni Awi dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Program tersebut telah dihadiri kira-kira 150 masyarakat setempat, mereka hadir untuk tidak melepaskan peluang bertemu kepimpinan kerajaan negeri.

Hasnul Zulkarnain berkata, fokus utama program ini ialah memberi penerangan tentang insentif dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang barangkali tidak diketahui oleh masyarakat bawahan.

Selain itu, kerajaan mengambil peluang untuk memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu-isu semasa yang telah dimainkan oleh pembangkang.

Dato’ Asmuni menyampaikan bantuan kebajikan kepada seorang penerima.
Hasnul Zulkarnain menyampaikan ucapan penerangan insentif dan inisiatif Kerajaan Negeri Perak.
Masyarakat memberi peluang dan ruang seluas-luasnya menyampaikan pandangan dan kritikan.

“Kami telah mengadakan sesi dua hala antara kepimpinan kerajaan dan masyarakat untuk mendapatkan maklum balas lebih lanjut tentang harapan rakyat bawahan.

“Pelbagai harapan telah dilontarkan kepada kepimpinan khususnya berkaitan isu setempat.

Alhamdulillah Dato’ Asmuni telah memberikan respon dan tindakan tuntas yang memberi kegembiraan kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut.

Hasnul menjelaskan, Program Sembang Santai ini akan diteruskan di seluruh negeri Perak.

Kerajaan negeri katanya komited memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat dan menyampaikan informasi yang tepat tentang pentadbiran kerajaan.

Dalam majlis itu juga, Asmuni yang juga merupakan Adun Manjoi telah menyampaikan sumbangan bantuan kepada golongan miskin dan memerlukan di sekitar kawasan tersebut.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )