MAPS, memang ajaib punya skandal!

MAPS, memang ajaib punya skandal!


DULU pun kita tahu, Najib Razak memang tak gemarkan bekas menteri besar Perak Zambry Abdul Kadir. Ramai orang Umno tahu. Inner circle Najib pun tahu.

Tapi sebab Najib pun tak berapa nak kuat. Terpaksa maniskan muka depan Zambry. Bukan suka sangat pun.

Bila Najib serang taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) ini – kita kena tahu, ini taktik Najib nak kenakan orang. Najib tahu zaman dia, memang ramai buat “magic”. 

Mustahil pelaburan hampir ratusan juta tak sampai ke meja menteri besar pada masa itu. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak pun terlibat juga, kalau tak sikit, banyak.

Kita harap, dedahkan sahaja dapatan audit forensik MAPS ini. Hal ini kerana MAPS didakwa mencatatkan kerugian besar yang bernilai RM474.4 juta sejak dari 2013. Tahun 2013!

Jumlah kerugian yang diberitahu itu adalah termasuk jumlah kemerosotan nilai aset sebanyak RM186.5 juta dan juga kemerosotan nilai atas penghutang bukan dagangan yang berjumlah sebayak RM90.4 juta.

Najib beria nak tekan pasal MAPS kerana nak orang tertentu didakwa barangkali. Tak adil juga, kalau dia sahaja kena berulang mahkamah. Nak juga ada muka lain agaknya.

Rasanya elok dibuka sahaja audit forensik MAPS ini. Memang Ajaib Punya Skandal—jika semua kesalahan disalahkan kepada Pakatan Harapan.

Musim cover line dah habis, yeop! – 28 Januari, 2020.

SAIFUL ADLI MOHD ARSHAD

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Perak Insights.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )