Perak tandatangani dua lagi import hadapi musim 2020

Perak tandatangani dua lagi import hadapi musim 2020

IPOH: Pasukan Bola Sepak Perak melengkapkan kouta pemain importnya bagi menghadapi kancah Liga Malaysia 2020 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Hari ini skuad Yeop menandatangani dua lagi pemain import iaitu Antony Golec daripada Australia dan Thierry Chantha Bin daripada Kemboja.

Kedua-dua pemain import tersebut telah menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan di bawah kendalian Mehmed Durokovic itu.

Kontrak tersebut dimeterai di hadapan pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah di Pejabat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) di Ipoh, dekat sini.

Chantha Bin sebelum ini pernah beraksi di kancah liga Malaysia bersama Terengganu FC manakala Antony Golec beraksi dengan kelab Perseru Badak Lampung FC, Liga 1 Indonesia.

Sebelum ini, Perak telah pun menandatangani penyerang import daripada Brazil Guilherme De Paula selain mengekalkan Leandro Dos Santos Oliveira dan Raianderson Da Costa Morais.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )