Elak birokasi, permudah cara demi keselamatan dan keperluan sekolah

Elak birokasi, permudah cara demi keselamatan dan keperluan sekolah

IPOH: Semua pihak disarankan supaya permudahkan cara bagi menyelesaikan pelbagai masalah termasuk infrastruktur dan kemudahan yang harus ada pada setiap sekolah.

Ia perlu diberi perhatian serius kerana berkait rapat dengan keselamatan pelajar, guru dan juga sekolah.

Demikian disarankan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri Perak, Dr Abdul Aziz Bari, ketika ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Taiping, Perak pada Selasa.

Jelas beliau, penyaluran peruntukan yang ada di peringkat kerajaan negeri termasuk kemudahan boleh berjalan dengan lancar dengan beberapa prosidur yang harus diikuti.

“Bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang kronik maka ia terpaksa diambil tindakan segera walaupun menyedari adanya kekangan kewangan.

“Manakala Pejabat Pendidikan Daerah maupun Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah diseru supaya lebih proaktif kerana terdapat keadaan dimana berlaku terlepas pandang dan seumpamanya.

“Sementara itu birokrasi tidak harus wujud dimana-mana sekalipun dan perkara ini akan dibincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri setelah ia berkait rapat dan memerlukan perhatian kerajaan,” katanya, lapor Malaysia Dateline.

Beliau juga berkata, perkara ini turut melibatkan belanjawan tahunan kerajaan negeri dan harus diberi perhatian serius.

Tinjauan Dr Abdul Aziz Bari ke Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, Taiping, SK Kampung Boyan, SK Taiping, SK Seri Aman, Sk Temelok dan SK RTBK, Pondok Tanjong turut mendapati masih ada sekolah yang kedudukan warganya terancam keselamatan mereka.

Bagi SK Kampung Boyan didapati ancaman hidupan liar seperti ular dan Babi hutan menjadi masalah besar kepada seluruh pelajar dan guru-guru sekolah tersebut.

Sementara itu mendapan tanah yang terserlah di sekitar kawasan bangunan blok sekolah tersebut menjadi kebimbangan besar kepada seluruh pelajar dan guru hingga kini.

Manakala SK Seri Aman pula berada dalam keadaan yang masih memerlukan beberapa kemudahan seperti pendawaian yang telah lama sejak puluhan tahun yang lalu dan tidak berganti sehingga kini.

Begitu juga dengan beberapa bumbung dan lauan utama pelajar yang telah pun rosak dan bocor serta memerlukan perhatian serius.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )