Kabinet setuju naikkan hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk

Kabinet setuju naikkan hukuman lebih berat bagi pemandu mabuk

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju untuk meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata akta sedia ada akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, cadangan itu akan dibincangkan bersama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara.

“Kajian itu akan mengambil masa beberapa bulan dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada seisi kedua pada Jun atau Julai ini,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )