Tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu- PM

Tindakan tegas terhadap penyebar berita palsu- PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu serta fitnah.

Ini berhubung penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan berita palsu hingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan apa juga perbuatan penyebaran berita palsu, penipuan maklumat dan fitnah yang menyebabkan kekecohan berkaitan penularan virus berkenaan.

“Kita akan mengambil tindakan kepada mereka yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia dan mencetuskan perasaan benci antara kaum di negara ini.

“Kita percaya kepada kebebasan bersuara tetapi tidak bermakna mereka boleh berbuat sesuka hati, kita akan ambil tindakan.

“Kita tidak akan bertoleransi terhadap perbuatan yang cuba menipu dengan memberi maklumat salah tentang perkara ini,” katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini, hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )