Exco singgah ziarah, terus lulus sebuah rumah

Exco singgah ziarah, terus lulus sebuah rumah

GERIK: Semasa pulang daripada Majlis Pelancaran Program Sayangi Rumahku di Gerik baru-baru ini, Exco Kerajaan Negeri Perak Dato’ Asmuni Awi singgah menziarahi sebuah rumah yang serba kedhaifan.

Rumah yang terletak di parlimen Lenggong itu diduduki oleh dua buah keluarga, ia terletak di jalan besar Gerik-Kuala Kangsar.

Sukarno, tinggal bersama anak, menantu dan cucunya. Anak perempuannya itu sarat mengandung.

Dengan berdindingkan buluh dan sedikit batu, rumah tersebut kelihatan seperti pondok di perkebunan yang mana barangkali ramai yang tidak sangka ia diduduki oleh dua buah keluarga.

Rumah tersebut tidak mempunyai elektrik dan air bersih, hanya bergantung harap kepada air sungai yang tidak jauh daripada rumah itu.

Di dalam rumahnya sangatlah daif, di dalam biliknya tiada katil, hanya kelihatan kelambu dan berlantaikan pasir.

Keadaan di dalam bilik keluarga tersebut.
Dapur rumah Sukarno sangatlah daif, tiada bekalan air bersih.

Apabila Asmuni memasuki rumah tersebut, beliau terus meluluskan pembinaan rumah melalui program Sayangi Rumahku di bawah Yayasan Perak.

Beliau mengarahkan pembinaan rumah tersebut dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu proses kelulusan di atas kertas.

Rumah tersebut akan dibina di tanah bersebelahan rumah tersebut dan rumah yang sedia ada akan dibaikpulih.

Ini bagi memberi peluang kepada Sukarno dan anaknya tinggal berasingan agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa.

Semasa ditemui, Asmuni memohon maaf jika selama ini Kerajaan Negeri Perak terlepas pandang terhadap nasib keluarganya itu.

Katanya, sekiranya kerajaan mengetahui tentang perkara ini sudah pasti sejak awal lagi nasib keluarga Sukarno dibela dan dibantu.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Air Panas dengan kerjasama Pemuda AMANAH Negeri Perak akan membantu mendaftarkan cucu sukarno untuk bersekolah di Tadika Kemas.

Cucu Sukarno kini tidak bersekolah dan hanya tinggal di rumah bersama ibunya oleh kerana kesempitan hidup.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, sebaik sahaja diberi maklum tentang nasib keluarga ini, beliau terus memanjangkan perkara ini ke pengetahuan Dato’ Asmuni.

“Alhamdulillah, Dato’ Asmuni yang kebetulan menghadiri program tidak jauh daripada rumah pakcik Sukarno, beliau sangat prihatin dan mahu terus melawat keluarga ini.

“Hari ini beliau meluluskan serta merta permohonan bantuan pembinaan rumah baharu dan membaik pulih rumah sedia ada,” katanya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] Asmuni Awi yang telah melawat sebaik mendapat maklumat tentang kisah keluarga tersebut.Asmuni telah meluluskan bantuan pembinaan rumah baru dan pembaikan rumah sedia ada untuk diduduki oleh Sukarno dan anaknya sekeluarga melalui program Sayangi Rumahku Yayasan […]

  • Disqus ( )