‘Info on Wheels’ jelajah seluruh negeri, beri penerangan kepada masyarakat

‘Info on Wheels’ jelajah seluruh negeri, beri penerangan kepada masyarakat

TELUK INTAN: Jabatan Penerangan Negeri Perak kini giat menjelajah kesemua 12 daerah di negeri ini menerusi program Info on Wheels bertujuan menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai berkaitan sesuatu isu.

Pengarahnya, Taib Ubah berkata menerusi program itu juga diharap dapat mengelakkan salah faham mengenai program atau dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya antara maklumat yang dikongsikan dengan orang ramai adalah mengenai 2019 novel koronavirus, penggunaan perkhidmatan platform e-pembayaran dan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

“Kami sudah menjelajah 61 lokasi sehingga kini antaranya di daerah Kerian, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Perak Tengah.

Masyarakat diberi penerangan tentang belanjawan kerajaan yang menawarkan pelbagai inisiatif dan insentif yang terbaik untuk rakyat.

“Kami akan bergerak secara berterusan seperti yang telah dijadualkan dan sedaya mungkin akan pergi ke kawasan luar bandar bagi memberi penerangan serta mengedarkan risalah berkaitan isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketia program itu di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini, semalam.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar.

Sementara itu, Terence berkata menerusi penyaluran maklumat atau penerangan sesuatu isu yang disampaikan secara bersemuka lebih berkesan dan efektif selain penyampaian pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi media sosial.

“Menerusi pendekatan sebegini, orang ramai dapat mengetahui dengan lebih jelas berkaitan sesuatu isu sekali gus usaha mengekang penyebaran berita tidak benar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dapat ditangani,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )