Koronavirus: Perak pasang mesin pengimbas suhu di dua lokasi penting

Koronavirus: Perak pasang mesin pengimbas suhu di dua lokasi penting

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menempatkan pengimbas suhu di pintu keluar masuk antarabangsa iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah (LTSAS) dan sempadan masuk Malaysia – Thailand di Pengkalan Hulu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Negeri Perak, A Sivanesan berkata perimbangan itu bertujuan membuat saringan kepada semua pelancong yang masuk ke negeri ini.

Ini berikutan penularan ancaman koronavirus baru (2019-nCoV) yang sedang melanda ketika ini.

Katanya, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat pada 24 Januari lalu bersama-sama pemegang taruh yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Katanya, dua lokasi tersebut setakat ini tidak mempunyai pengimbas suhu tersebut, sebaliknya ia proses sario dibuat secara manual.

“Kerajaan akan memantau di dua lokasi penting ini iaitu di Pengkalan Hulu dan LTSAS.

“Ini kerana di Pengkalan Hulu kebiasaanya menerima kedatangan warganegara dari Thailand.

“Manakala di LTSAS, kita menerima kedatangan pelbagai warganegara termasuk Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian dalan satu sidang media selepas lawatannya di LTAS semalam.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Exco Pelaburan, Industri & Pembangunan Wilayah Negeri, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walaubagaimanapun, beliau menegaskan Perak masih terkawal dan tidak ada lagi kes wabak tersebut yang positif.

Satu kes yang telah disyaki baru-baru ini telah pun disahkan negatif selepas dimasukkan ke wad isolasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )