PPSMI: Bincang dan putuskan dalam kabinet, tegas Pemuda AMANAH

PPSMI: Bincang dan putuskan dalam kabinet, tegas Pemuda AMANAH

KUALA LUMPUR: Pemuda AMANAH Nasional menggesa agar cadangan pelaksanaan semula PPSMI oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir wajar dibincangkan dan diputuskan melalui Kabinet.

Ini kerana cadangan ini melibatkan dasar dan hala tuju pendidikan negara, tegas Ketuanya Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim

Beliau berkata demikian susulan pengumuman mengembalikan PPSMI yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat yang umumnya telah menolak pelaksanaan semula ini.

PPSMI sebelum ini pernah diluluskan di kabinet pada 2002 dan dilaksanakan pada 2008.

Selepas menerima tentangan kuat daripada pelbagai pihak akhirnya pada 2012, PPSMI dibatalkan sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan.

Tun Dr Mahathir Mohammad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata cadangan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dalam sistem pendidikan negara.

“Ia datangnya dari luar negara. Kebanyakannya datang kepada kita dalam bahasa Inggeris, oleh itu kita perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, “katanya semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya semalam.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )