KTMB tambah 6 tren laluan Butterworth – Padang Besar

KTMB tambah 6 tren laluan Butterworth – Padang Besar

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan enam lagi perkhidmatan tren bagi laluan Butterworth dan Padang Besar mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan, KTMB memaklumkan pertambahan perkhidmatan tren tersebut susulan permintaan tinggi penumpang khususnya pada hujung minggu melibatkan pengoperasian ketika waktu puncak pada jam 3.55 petang dan 8.25 malam.

Menurut kenyataan itu, KTM Komuter akan beroperasi seawal 5.25 pagi hingga 9.25 malam setiap hari.

Untuk rekod sejak diperkenalkan pada 2015, perkhidmatan KTM Komuter hanya mencatatkan 500 penumpang sehari, namun kini angka itu melonjak kira-kira 17,500 penumpang sehari.

Orang ramai boleh merujuk jadual waktu terkini perkhidmatan tren di stesen-stesen berhampiran dan melalui laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi MyRailtime.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )