Fakta penurunan kadar tol PLUS yang ramai tidak tahu!

Fakta penurunan kadar tol PLUS yang ramai tidak tahu!

Oleh MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR

Kali terakhir tol PLUS dinaikkan pada tahun 2005. Pada tahun 2011, PLUS diambil alih sepenuhnya oleh Khazanah dan KWSP dengan bayaran tunai sebanyak RM23 Bilion.

Untuk membiayai transaksi tersebut, satu Sukuk (Bond/Hutang yang dijamin kerajaan) diterbitkan bernilai RM30.6 Bilion dengan tempoh pembiayaan selama 27 tahun.

Pengambilalihan ini antara lain mencadangkan moratorium kenaikan tol setiap 3/5 tahun.

Walaubagaimanapun pada tahun 2016 kadar tol tidak dinaikkan dan Kerajaan membayar pampasan sehingga RM358.27 juta ringgit.

Ikut logiknya pada tahun 2021 nanti, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% atau kerajaan sekali lagi perlu membayar pampasan yang dianggarkan pada jumlah yang sama.

Justeru Malaysia Baru ada pilihan samada:

1. Ikut perjanjian sedia ada. Menaikkan tol sebanyak 5% pada tiap 3/5 tahun atau kerajaan wajib bayar pampasan 300 juta ringgit tiap 3/5 tahun sehingga konsesi berakhir pada tahun 2038.

2. Melanjutkan konsesi sehingga 2058 dan menurunkan kadar tol sebanyak 18% pada 1 Februari 2020 dan tiada kenaikan sepanjang konsesi berjalan.

Maka kerajaan boleh memilih untuk:

1. Mengekalkan kadar tol hingga tempoh konsesi 2038.. Pampasan Berbilion Ringgit

2. Rakyat perlu membayar kenaikan setiap 3 tahun yang dianggarkan sebanyak 5% setiap kali kenaikan.

Contohnya : Tol KL – Alor Setar akan menjadi RM82 pada 2038 berbanding RM55 sebelum penurunan 18%.

3. Menurunkan kadar tol sebanyak 18% dan konsesi dilanjutkan sehingga 2058. Kerajaan dapat jimat berbilion ringgit. Rakyat hanya membayar Tol dari KL – Alor Setar sebanyak RM45.50 sehingga 2058 berbanding RM55 (sebelum diturunkan). – – > Pilihan Kerajaan.

Kerajaan mungkin membuat keputusan tidak popular. Tapi kerajaan juga perlu mengambil kira kepentingan pencarum KWSP yang berjumlah 7.59 juta orang yang juga rakyat Malaysia disamping penduduk rakyat Malaysia yang lain yang berjumlah 31 juta orang secara keseluruhan.

Moga penjelasan ini difahami oleh semua pihak.

___________________________

Penulis adalah Mantan Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Negeri Terengganu berkelulusan BBA(HONS) Transport UiTM

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )