Kerajaan negeri saran giat aktif gerakkan ekonomi dalam komuniti

Kerajaan negeri saran giat aktif gerakkan ekonomi dalam komuniti

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengharapkan semua usahawan yang berada di kampung-kampung terus kekal bergiat aktif dengan pergerakan ekonomi dalam komuniti.

Exco Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan adanya ekonomi dalam komuniti beliau yakin setiap perusahaan yang diusahakan akan berkekalan dan berjaya dengan maedah yang sistematik dan terancang.

“Sebagai contoh perusahaan ikan sangkar yang dikendalikan oleh persatuan berdaftar.

“Hasil keuntungannya dikongsi bersama ahli-ahli persatuan, namun mereka perlulah lebih kreatif dalam menghasilkan produk berasaskan hasil usaha tersebut.

“Ini bagi memastikan mereka dapat mewujudkan penambahan tenaga kerja mahupun produk tempatan yang berkualiti, katanya.

Beliau berkata demikian di Program Ekonomi Komuniti Perak Tengah yang diadakan di Pusat Latihan Institut Agro Usahawan Kampung Gajah.

Hadir sama ialah Penyelaras Dun Kampong Gajah, Zaiton Latiff.

Zaiton ketika ditemui berkata, beliau sentiasa merancang untuk membangunkan sosioekonomi baru dalam kawasan Kampung Gajah dan Daerah Perak Tengah.

“Harapan saya supaya adalah lebih banyak lagi pembangunan ekonomi komuniti dapat ditingkatkan secara inklusif agar kemakmuran ekonomi dan sosial dapat dirasai bersama.

“Yang sedia ada diperhebatkan, yang baru diperbanyakkan. Semoga program Ekonomi Komuniti Perak Tengah memberi suatu impak yang beterusan kepada rakyat khususnya Kampung Gajah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri & Pembangunan Wilayah Negeri Perak itu.

Institut Agro Usahawan (iGROW) Kampung Gajah adalah salah satu syarikat swasta yang sedang melatih anak-anak generasi muda dalam bidang kemahiran pertanian asas tani.

Untuk semasa, seramai 100 pelajar sedang mengambil latihan selama tiga bulan dibawah pembiayaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )