MB minta rakyat kekalkan perpaduan

MB minta rakyat kekalkan perpaduan

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu meminta semua rakyat khususnya di negeri ini agar mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Menurutnya, keamanan masyarakat dalam negara ini memberi faktor yang cukup besar kepada pelabur untuk datang melabur ke negeri ini.

“Sebab itu, saya nak mintak semua rakyat kita untuk kekalkan perpaduan, sebab apabila negeri kita aman, politik kita stabil.

“Semasa masyarakat pelbagai kaum tak mahu gaduh-gaduh dan semua orang perlu kerja kuat dan barulah pelabur suka datang melabur,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapan di majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di Dewan Komuniti Kampung Baru Tanah Mas, Bidor.

Adun Chenderiang itu berkata, apabila pelabur masuk masuk ke neger ini sudah pasti rakyatakan mendapat faedah daripadanya.

Katanya, peluang pekerjaan akan lebih banyak dan perniagaan yang diceburi rakyat di semua peringkat akan mendapat keuntungan dan berjaya.

“Apabila banyak pelabur masuk, rakyat boleh dapat kerja, orang berniaga boleh buat untung, banyak ong.
“Bila semua dapat ong, kerajaan boleh kutip hasil lebih banyak, kemudian kita pulangkan balik kepada rakyat.

“Semua orang pun dapat berkongsi ong. Orang Cina, orang Melayu, orang India, Orang Asli, semua dapat ong. Apa macam, ngam?,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )