Pemimpin Pas dakwa MCA dan MIC khadam Pas

Pemimpin Pas dakwa MCA dan MIC khadam Pas

IPOH: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Razman Zakaria hari ini mendakwa dua parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC adalah khadam kepada Pas.

Beliau berkata demikian dalam ruangan komen di sebuah posting yang dimuatnaik di laman Facebooknya.

Posting Razman bertulis “ISLAM itu sempurna kenapa ikut DAP?” telah mendapat respon yang negatif daripada para netizen.

Razman menulis demikian dipercayai rentetan daripada pendedahan Perak Insights semalam yang mana beliau gagal membayar ganti rugi saman fitnah sebanyak RM200 ribu kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Setuju kenapa Pas nak ikut MCA MIC Gerakan PBS dan SUPP. DAP parti bilang bangsa. Tak macam parti yang Pas sokong. Jangan marah. Nak habaq je..,” kata seorang netizen bernama Yop Sojer di laman Facebook.

Komen netizen itu dijawab oleh Razman dengan mendakwa MCA dan MIC itu adalah khadam kepada Pas.

Laman Facebook Pesuruhjaya Pas Perak itu sejak semalam dipenuhi dengan pelbagai respon netizen yang menggesa beliau membayar ganti rugi saman fitnah terhadap Mohammad Nizar.

Pemilik akaun Facebook, Amalina Damia di dalam komennya bertanya kenapa hutang tidak dibayar sedangkan ia satu perkara yang wajib.

Pertanyaan itu dijawab oleh Razman dengan berkata kenapa masih menjadi khadam.

“Disaat kebangkitan rakyat menentang DAP kamu masih menjadi khadam?,” kata Razman dan dijawab oleh netizen dengan mendakwa pemimpin Pas itu tidak menjawab soalan.

Adun Gunung Semanggol itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, Datuk Dr Badariah Sahamid telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh sebelum ini yang memerintahkan Razman membayar RM200,000 kepada Nizar.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )