Kerajaan Perak gesa rakyat tingkat langkah pencegahan Coronavirus

Kerajaan Perak gesa rakyat tingkat langkah pencegahan Coronavirus

IPOH: Kerajaan Negeri Perak menggesa seluruh rakyat di negeri ini agar mempertingkatkan usaha pencegahan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan ini.

Berdasarkan kepada laporan terkini jangkitan coronavirus yang mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes positif di Malaysia.

Exco Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, antara langkah yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kerap mencuci tangan dan elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar.

Selain itu katanya, rakyat digesa tidak mengambil sebarang produk haiwan yang mentah, menutup mulut ketika batuk atau bersin dan mengelak daripada bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.

“Kerajaan Negeri Perak juga menasihatkan agar mana-mana individu yang mengalami simptom jangkitan ini seperti demam, batuk dan sesak nafas untuk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

“Berkait dengan penularan berita tidak benar berkenaan kes ini, semua pihak diminta supaya merujuk kepada KKM bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan

Jelasnya, kerajaan negeri akan terus memantau dan mengikuti perkembangan semasa bagi memastikan segala keperluan dan pelan tindakan yang dibuat mengikut ‘Standard Operational Procedure’ (SOP) yang ditetapkan sekiranya terdapat kes yang berlaku di negeri ini.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )