Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Tahun Baru Cina Perak esok

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Tahun Baru Cina Perak esok

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Peringkat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung esok.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak ini akan diadakan di Eco Park 1, Bandar Seri Botani bermula jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Pelbagai persembahan dan bengkel menarik yang berunsurkan kesenian dan kebudayaan akan disediakan selaras dengan masyarakat majmuk Malaysia.

Di antara tarikan utama termasuk seni guntingan kertas tradisional Cina, seni tekat dan seni batik, seni kaligrafi, Labu sayong, henna, kolam, seni ikatan hiasan tradisional Cina dan sebagainya.

Turut hadir ke majlis ini ialah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu serta semua Exco Kerajaan Negeri Perak.

Seluruh rakyat dijemput hadir memeriahkan majlis ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )