MAPS: Satu lagi legasi projek ‘gajah putih’

MAPS: Satu lagi legasi projek ‘gajah putih’

Oleh : Safarizal Saleh

TAMAN tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang berkeluasan 21 hektar di kawasan ‘Tiga Segi Emas’ di Bandar Meru Raya ini yang telah dibangunkan dengan kos awal perancangan sebanyak RM 520 Juta.

Utusan Malaysia melaporkan pada 10 Disember 2014, satu pengumuman tentang perancangan pembukaan MAPS Perak dan ianya dijangka dibuka pada tahun 2015 tetapi tarikh pembukaan telah ditangguhkan.

Pada April 2017, taman Tema ini dikatakan mempunyai 96 peratus daripada pembinaannya selesai dan ianya dibuka pada 26 Jun 2017 tidak lama selepas disiapkan sepenuhnya bagi menerima pengunjung.

Siapa ingat tentang Kompleks Sejarah Pasir Salak di Seberang Perak yang dirasmikan pada 26 Mei 1990 termasuk pembinaan Riverine Resort yang kini dikenali dengan nama Pasir Salak Eco Resort Kampung Gajah.

Ucapan Nga Kor Ming di dalam pembahasan Bajet Negeri Perak tahun 2012 pada 23 November 2011 telah membangkitkan kos pembelajaan pembinaannya yang melebihi hampir RM 56 Juta ketika itu.

Keadaan Kompleks yang tidak terurus dengan baik akibat kerosakan ketika banjir dahulu dan permasalahan Resort yang menghadapi masalah ketiadaan air menyukarkan pengunjung untuk menetap di situ.

Idea pembinaan Kompleks ini datangnya daripada bekas Menteri Besar Negeri Perak yang ke-8 iaitu Tan Sri Dato’ Seri Diraja Dr Haji Ramli Ngah Talib yang kebetulan terletak di kawasan bertandingnya.

Projek MSC Malaysia Cybercentre@Meru Raya, Perak merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak di bawah program KPerak2010 : Pelan Induk Strategik ICT yang melibatkan kawasan seluas 209 ekar.

Sebuah bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai Perak Techno-Trade Centre (PTTC) keluasan lantai 120,000 kaki per segi bernilai RM 40 Juta telah dibangunkan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar.

Merujuk Laporan Audit Tahun 2010, hampir 80 peratus telah di sewa yang kebanyakkannya di isi oleh agensi anak syarikat kerajaan sahaja yang kini pulak berdepan kenaikkan kadar sewa yang begitu tinggi.

Pengiktirafan status MSC Malaysia Cybercentre dari Kerajaan Malaysia pada 18 Mei 2007, meletakkannya kawasan penting ICT yang dipelopori bekas Menteri Besar ke-9, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Mohammad Tajol Rosli Mohamed Ghazali.

MAPS adalah satu pembelanjaan paling tinggi iaitu sebanyak RM 520 Juta dan mungkin lebih tinggi yang dicetuskan oleh bekas Menteri Besar ke-10, Dato’ Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir ketika itu.

Projek yang bernilai RM 56 Juta dan RM 40 Juta itu turut menyumbang susut nilai kewangan negeri selain pembaziran daripada kegunaan yang sepatutnya yang perlu menjadi contoh agar sebarang tindakan dan perancangan pembangunan perlu dibuat kajian menyeluruh agar tidak diulangi lagi di masa akan datang.

Dalam kata lain, ianya sebagai legasi sebahagian daripada projek ‘Gajah Putih’ yang diwarisi oleh kita pada hari ini daripada bekas-bekas Menteri Besar terdahulu yang perlu kita semua renung akan nasib generasi yang akan datang.

Iaitu sebuah kerugian akibat bangunan yang tidak memberikan manafaat kepada rakyat di tambah pula dengan kos yang telah dibayai bagi tujuan projek tersebut termasuk akhirnya kedudukan nasib tanah setiap bangunan itu selepas ini.

*Penulis adalah merupakan Pengerusi Biro Isu dan Media AMANAH Perak dan juga Setiausaha Politik kepada Pengerusi AMANAH Perak

Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Perak Insight.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )