Kerajaan umum RON95, diesel turun bawah harga siling

Kerajaan umum RON95, diesel turun bawah harga siling

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan hari ini mengumumkan penurunan harga RON95 dan diesel di bawah harga siling yang dikuatkuasakan sejak tahun lalu.

Kementerian Kewangan pada 27 Feb tahun lalu mengumumkan harga siling RON95 dan diesel ditetapkan pada RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga RON95 diturunkan 4 sen daripada RM2.08 kepada RM2.04, manaka RON97 dikurangkan 7 sen daripada RM2.41 kepada RM2.34.

Diesel pula murah 10 sen berbanding RM2.18 mulai tengah malam ini hingga 14 Feb nanti.

“Penurunan harga runcit ini disebabkan penurunan harga minyak global.

“Kami sudah memenuhi janji kami. Inilah janji ditepati,” katanya pada sidang media di kementeriannya, lapor Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beliau berkata, penurunan harga itu akan membawa kesan positif dan negatif.

Katanya, pendapatan kerajaan akan berkurangan, tetapi perbelanjaan untuk subsidi minyak juga berkurangan.

“Subsidi produk petroleum dan gas petroleum cecair (LPG) yang dibiayai kerajaan sebanyak RM6 bilion untuk 2019.”

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )