Kerana nasihat, Razman label ahli Pas ‘Anwarinas’

Kerana nasihat, Razman label ahli Pas ‘Anwarinas’

IPOH: Tindakan seorang ahli Pas menasihati pemimpinnya membawa ‘padah’ apabila beliau dilabel sebagai ‘anwarinas’.

Ahmad Albab di dalam satu komen di laman Facebook telah menasihati Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung komen-komen pemimpin itu yang dilihat keterlaluan.

Ini kerana kata Ahmad Albab tindak tanduk pemimpin partinya itu di laman sosial sukar untuk dipertahankan oleh para penyokong.

“Dahlah YB, ini bukan selayaknya minda seorang PJ (Pesuruhjaya Pas) negeri. Jenuh kami nak tolong cover.

“Seeloknya deactivate dulu FB (Facebook) ni hingga selesai kes dengan Nizar.

“Maaf kerana menegur secara terangan,” katanya.

Beliau memberi komen tersebut dalam status yang dimuatnaik oleh Razman di laman Facebooknya.

Nasihat Ahmad Albab itu dijawab oleh Razman dengan melabel beliau sebagai anwarinas.

Di dalam politik Malaysia, Anwarinas itu merujuk kepada pemimpin atau penyokong yang cenderung memberikan sokongan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Pas Perak di laman Facebooknya melabel seorang ahli Pas sebagai Anwarinas selepas individu tersebut memberi nasihat kepadanya

“Siapa tongkat DAP? patahkan,” kata Razman yang disambut dengan pelbagai respon negatif oleh netizen termasuklah penyokong dan ahli Pas.

Nasihat Ahmad Albab itu dijawab dengan tuduhan beliau adalah Anwarinas.

“Kamu Anuarinas, PM tepi,” kata Adun Gunung Semanggol itu.

Namun tuduhan Razman itu telah disangkal oleh Ahmad Albab yang menegaskan beliau adalah daripada Pas.

“Maaf, ana (saya) Pas. Jangan sembarangan.

“I rest my case, Nak terima atau tidak teguran ana (saya), terpulang,” tegas beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )