Pendedahan Lokman Adam bukti Muafakat Nasional celaru

Pendedahan Lokman Adam bukti Muafakat Nasional celaru

KUALA LUMPUR: Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang turut menggesa Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan jelas membuktikan bahawa Muafakat Nasional adalah celaru.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Hasnul Zukarnain Abd Munaim berkata, ternyata Muafakat Nasional sejak dari awal menghadapi masalah kecelaruan identiti dan saling tidak mempercayai antara satu sama lain.

Jelasnya., perkara ini harus diambil sebagai petunjuk penting bahawa parti yang berada dalam Muafakat Nasional terutamanya Umno dan Pas tidak mempunyai persefahaman yang baik dan hanya memikirkan survival politik masing-masing.

“Dalam rakaman yang didedahkan juga menunjukkan Pas telah memberi isyarat bahawa kesepakatan yang dibuat bersama Umno hanyalah sandiwara politik demi meraih sokongan setelah masing-masing tewas dalam PRU ke-14 yang lalu,” ujarnya.

Ini juga, jelas beliau menunjukkan Pas sekali lagi mempamerkan wajah sebenar mereka apabila sanggup membelakangkan rakan politik dan pada kali ini Umno menjadi mangsa seterusnya.

Justeru beliau yang juga Adun Titi Serong menggesa rakyat Malaysia seharusnya membuka mata menilai sikap politik Umno dan Pas agar tidak terpedaya dengan slogan yang dilaungkan kononnya membawa agenda nasional untuk Malaysia.

“Kami Pemuda AMANAH menyeru agar Pakatan Harapan terus bergerak pada landasan yang betul bagi memastikan perubahan dan pembaharuan yang dibawa dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )