Sambutan Tahun Baru Cina PH Perak meriah

Sambutan Tahun Baru Cina PH Perak meriah

IPOH: Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Perak sabtu lalu berlangsung dengan penuh meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai kaum.

Program yang diadakan di Ipoh ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pimpinan Pakatan Harapan Negeri Perak daripada keempat-empat buah parti komponen.

Selain menyajikan juadah, program tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan cina, persembahan tarian dan nyanyian, tarian naga dan singa, aktiviti interaksi, teka teki, seni guntingan kertas dan kaligrafi.

Selain itu, para hadirin daripada pelbagai lapisan umur disajikan dengan ucapan para pimpinan yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program tersebut.

Beliau berkata, perjuangan Pakatan Harapan adalah membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, tiada bangsa yang akan tertindas dan Pakatan Harapan komited mengangkat perlembagaan negara dan ketamadunan masyarakat.

“Saya menegaskan perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk setiap anak Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

“Perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk menyatukan setiap kaum dalam negara kita.

“Bila kita bersatu sebagai Bangsa Malaysia, kita akan dikagumi dunia,” katanya.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )