Harapan Kasih Food Bank diteruskan ke Dun Pasir Pinji

Harapan Kasih Food Bank diteruskan ke Dun Pasir Pinji

IPOH: Selepas dilancarkan tahun lalu, Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan beberapa siri program Harapan Kasih Food Bank.

Kali ini program tersebut diteruskan ke Dun Pasir Pinji baru-baru ini dengan mensasarkan golongan miskin dalam kalangan masyarakat.

Adun Pasir Pinji, Howard Lee berkata, projek itu merupakan inisiatif peduli rakyat dianjurkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat yang kurang berkemampuan.

“Untuk di Dun Pasir Pinji, kami telah memilih penerima yang layak dan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kami menyalurkan sumbangan ini kepada yang selayaknya tanpa memikirkan kepentingan politik,” katanya.

Exco Kerajaan Negeri Perak itu mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih Dun Pasir Pinji sebagai antara lokasi terawal penganjuran program ini.

Jelasnya, program seperti ini sangatlah bermanfaat kepada masyarakat dan telah membuka peluang kepada syarikat-syarikat besar untuk berbakti kepada masyarakat.

“Terima kasih kepada program Harapan Kasih Food Bank yang dibawa khas untuk membantu golongan yang memerlukan barang-barang makanan kering.

“Penglibatan yang membanggakan daripada pasaraya terkemuka Malaysia seperti Econsave dan Tf Value Mart.

“Ini adalah antara program CSR yang perlu dikemudi oleh banyak pasaraya-pasaraya dan syarikat perdagangan runcit.

“Beruntung orang di Pasir Pinji kerana terpilih dalam program ini,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )