MB puji SADC kerana prestasi cemerlang

MB puji SADC kerana prestasi cemerlang

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu melahirkan rasa bangga dan berpuas hati dengan kejayaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di bawah pentadbiran baharu.

Menurutnya, dalam tempoh satu tahun, SADC yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yahanis Yahaya kini berada dalam landasan yang betul untuk proses ‘corporate turn-around’.

“Kita dapat lihat hasil positif daripada strategi pemulihan ini berdasarkan laporan kedudukan syarikat seperti yang dibentangkan oleh Tuan Yahanis

“InshaAllah, langkah-langkah mengurangkan kos operasi, penstrukturan semula operasi dan anak-anak syarikat, program pemutihan perobohan tanah dan pelbagai lagi inisiatif yang disebutkan tadi, akan menjadikan SADC lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Amanat Menteri Besar Tahun 2020 bersama Warga Kerja SADC di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh disini semalam.

Beliau menjelaskan, semua langkah pemulihan ini dijalankan tanpa pembuangan pekerja malah kebajikan para pekerja terus dibela dan ditambahbaik.

Ahmad Faizal berkata, Kerajaan Negeri Perak juga berbesar hati apabila dimaklumkan SADC telah mempelbagaikan program pembangunan usahawan tani di negeri ini.

“Kita percaya, dengan latihan, bimbingan dan bantuan modal yang diberikan, lebih ramai agroprenuer, khususnya di kalangan orang muda bakal dilahirkan di negeri tercinta ini.

“Terima kasih juga kepada pihak SADC kerana menyahut iltizam membela nasib rakyat,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya sangat menghargai komitmen syarikat ini untuk program-program kebajikan, termasuk program Kampung Angkat Orang Asli.

Ini jelas beliau bertepatan dengan seruan supaya syarikat-syarikat GLC negeri untuk kembali kepada roh penubuhan organisasi masing-masing.

“Menjalankan aktiviti perniagaan dan pada masa yang sama membantu kerajaan negeri melaksanakan keadilan sosial kepada rakyat.

“Sudah tentu, menjana keuntungan adalah penting kepada mana-mana syarikat GLC, tetapi kita perlu mengimbanginya dengan program tanggungjawab sosial kepada rakyat,” jelasnya.

Dalam majlis itu juga, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi SADC telah menyerahkan tajaan ibadah umrah daripada perbadanan tersebut kepada kakitangan terpilih serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan inovasi di kalangan warga SADC.

CATEGORIES
TAGS

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    569681 147131Your writing is fine and gives food for thought. I hope that Ill have a lot more time to read your articles . Regards. I wish you which you often publish new texts and invite you to greet me 375504

  • comment-avatar

    … [Trackback]

    […] Read More Infos here: perakinsights.com/2020/02/12/mb-puji-sadc-kerana-prestasi-cemerlang/ […]

  • Disqus ( )