Agenda Pertanian Lestari perlu digerakkan – MB Perak

Agenda Pertanian Lestari perlu digerakkan – MB Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengharapkan agenda Pertanian Lestari atau Sustainable Agriculture dapat digerakkan khususnya oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini mencakupi pengubahsuaian corak pengurusan tanaman, meningkatkan penggunaan teknologi moden, penerapan kaedah pertanian organik dan sebagainya.

Menurutnya, kita perlu melihat konsep agronomi yang menggabungkan pelbagai cabang sains, sebagai salah satu alternatif ke arah pertanian lestari jangka panjang.

“Kita tidak melakukan ini untuk diri kita, tetapi untuk generasi pewaris kita.

“Ini adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini,” katanya ketika berucap di Majlis Amanat Menteri Besar Tahun 2020 bersama Warga Kerja Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh disini selasa lalu.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Pegawai Eksekutif SADC, Yahanis Yahaya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )