Perak bebas Koronavirus!

Perak bebas Koronavirus!

IPOH: Negeri Perak bebas daripada wabak koronavirus (Covid-19) sehingga ke hari ini, kata Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak, A Sivanesan.

Menurutnya, empat kontak rapat kepada kes jangkitan koronavirus di Singapura yang berada di Pusing di sini bebas daripada wabak berkenaan sekaligus membuktikan Perak bebas daripada virus berkenaan.

Beliau mensihatkan agar semua pihak hanya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan berbanding sumber-sumber lain.

Menurutnya, pihak lain tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Covid-19 kecuali Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad; Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi mengelak percanggahan berkaitan isu itu.

“Saya dihujani panggilan daripada orang ramai khususnya penduduk di Pusing namun setakat ini Perak bebas kes Covid-19. Kita akan terus memantau keadaan di sini,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu pada 11 Februari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan empat kontak rapat kepada kes jangkitan koronavirus di Singapura yang berada di Pusing di sini bebas daripada wabak berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, keempat-empat kontak berjaya dikesan dan tiada seorang pun yang mengalami gejala jangkitan salur pernafasan.

Mengenai mesin pengimbas suhu, Sivanesan memberitahu, kerajaan negeri perlu menunggu sehingga empat hingga enam bulan untuk mendapatkan dua unit peralatan yang ditempah.

Katanya, Perak menjadi negeri pertama mengeluarkan peruntukan sendiri membeli peralatan tersebut.

Beliau berkata, mesin tersebutdiletakkan di dua lokasi utama pintu masuk ke negeri ini bagi memastikan saringan dapat dilakukan ke atas pelancong.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )