Kerajaan tidak pernah abai kepentingan Melayu dan Islam

Kerajaan tidak pernah abai kepentingan Melayu dan Islam

IPOH: Exco Penerangan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah sesekali mengabaikan nasib dan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memberi keutamaan bagaimana nasib anak Melayu yang susah, perkembangan dan pembangunan Islam di negeri ini menjadi keutamaan dalam membuat polisi dan dasar.

“Kerana itu kita memperuntukkan lebih 100 juta kepada institusi dan portfolio agama, demi melihat apa yang kami sebut, kami buat.

“Sebahagian besar masjid dan surau kita baiki dan baik pulih untuk keselesaan jemaah dan qariah.

“Dan banyak lagi program yang kita susun berteraskan kepada usaha membela Melayu dan Islam,” katanya ketika berucap di program Kempen Perak Kembali Gemilang @ Lenggong baru-baru ini.

Namun begitu, beliau berkata pelbagai usaha yang dilakukan itu tidak dapat dirasai disebabkan isu-isu picisan yang berlalu atas kekhilafan mahupun sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kadang kala, sebagai manusia biasa saya tidak terhindar daripada perasaan lemah dan kurang bermotivasi apabila sesuatu yang kita usahakan, tidak dihargai dan ada yang langsung tidak peduli.

“Bukan kerana saya tagihkan simpati, tetapi saya mahu tuan-tuan nilailah apa yang telah kerajaan pada hari ini usahakan secara obejktif dan bandingkan dengan yang terdahulu.

“Janganlah kerana satu dua perkara yang digembar-gemburkan, dan kadang kala perkara itu bukan pun pendirian rasmi kerajaan, tuan-tuan semua melihat ia membawa kehancuran,” jelas Adun Titi Serong itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )