Pertubuhan Peladang Perak amal pintu terbuka kepada industri

Pertubuhan Peladang Perak amal pintu terbuka kepada industri

IPOH: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak mengamalkan dasar buka pintu kepada pihak industri yang berminat untuk meningkatkan produktiviti pertanian.

Pengerusi PPN Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang dan peluang sama ada melalui teknologi kejenteraan, benih, kajian saintifik dan sebagainya.

“PPN Perak akan bersedia menilai secara objektif sebarang cadangan daripada pihak industri yang mempunyai kepakaran yang pelbagai.

“Kerjasama PPN dengan pihak industri penting bagi memastikan wujudnya hubungan atau kitaran industri yang seimbang dan saling lengkap melengkapi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan Pengerusi Kranetech Holding Sdn Bhd, Dato’ Maksom Wahid ke pejabat PPN Perak kelmarin.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat tempatan yang membuat pelbagai jentera bagi kegunaan pertanian dan IKS.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Pengerusi Biro Kejenteraan PPN Perak, Khairol Fikri Mohd Amin, Pengurus Pengeluaran PPN Perak serta Pengurus Jentera PPN Utara dan Pengurus Jentera PPN Selatan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )