“Pakcik datang nak ucap terima kasih kat kerajaan sebab bagi rumah”

“Pakcik datang nak ucap terima kasih kat kerajaan sebab bagi rumah”

LENGGONG: Baru-baru ini Perak Insights ada melaporkan tentang kisah sebuah keluarga yang hidup dalam serba kedhaifan di Lenggong.

Keluarga Sukarno Zakaria mendapat perhatian daripada Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Asmuni Awi yang telah melawat sebaik mendapat maklumat tentang kisah keluarga tersebut.

Asmuni telah meluluskan bantuan pembinaan rumah baru dan pembaikan rumah sedia ada untuk diduduki oleh Sukarno dan anaknya sekeluarga melalui program Sayangi Rumahku Yayasan Perak.

Seminggu selepas itu, pembinaan rumah tersebut telah bermula pembinaannya dan rumah yang sedia ada itu telah dipasang bekalan air.

Sebelum ini keluarga tersebut tidak mempunyai bekalan air bersih, hanya mengharapkan air sungai yang tidak jauh daripada rumah tersebut.

Dengan berdindingkan buluh dan sedikit batu, rumah keluarga ini kelihatan seperti pondok di perkebunan yang mana barangkali ramai yang tidak sangka ia diduduki oleh dua buah keluarga.

Di dalam rumahnya sangatlah daif, di dalam biliknya tiada katil, hanya kelihatan kelambu dan berlantaikan pasir.

Semasa program Kempen Perak Kembali Gemilang @ Lenggong 9 Februari lalu, pakcik Sukarno telah datang bersama anaknya yang sarat mengandung dan cucu-cucunya.

Kedatangannya hanya satu tujuan iaitu untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak yang sangat prihatin terhadap nasib keluarganya itu.

Beliau sangat gembira kerana pembinaan rumah hasil bantuan daripada Kerajaan Pakatan Harapan sedang rancak berjalan.

Beliau tidak sabar untuk melihat rumah itu siap sepenuhnya dan dapat tinggal dengan selesa bersama keluarga.

“Pakcik datang ni nak ucap terima kasih pada kerajaan yang banyak bantu saya.

“Pakcik sangat terharu dengan keprihatinan kerajaan Perak yang bina rumah untuk saya dan keluarga.

“Terima kasih kepada Dato’ Asmuni dan kerajaan serta pihak yang terlibat membantu kami,” katanya dengan nada sebak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )