Kerajaan Perak sekat pencerobohan gunung dan batu kapur

Kerajaan Perak sekat pencerobohan gunung dan batu kapur

IPOH: Kerajaan Negeri Perak bakal mengkaji penggunaan gua batu kapur dan gunung-gunung batu kapur di negeri ini.

Ini berikutan terdapat individu yang menceroboh kawasan yang mempunyai nilai warisan dan sejarah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata kerajaan negeri telah pun membincangkan perkara ini dalam usaha mengawasi setiap gua dan gunung-gunung di negeri ini.

Karanya, sudah ada satu kelulusan dasar untuk mengkaji penggunaan gua batu kapur dan gunung-gunung batu kapur di sekitar Perak.

“Perkara ini merupakan usaha yang pertama berbanding negeri lain tetapi setakat di semua negeri, status gua ataupun gunung hanyalah dibuat rizab biasa dan tiada satu rizab khas iaitu jikalau ada sebarang aktiviti ataupun penggunaan gua atau gunung ianya tiada sebarang kelulusan.

“Jadi, kerajaan negeri mengkaji semula apakah cara untuk membenarkan mana-mana individu menggunakan kawasan tersebut tetapi tektakluk kepada syarat-syarat teknikal iaitu dari segi keselamat, geologikal dan sebagainya,” katanya, lapor Perak Today.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan individu yang telah menceroboh dan memasang beberapa berhala di dalam gua Matsurat yang mana telah merosakkan keindahan alam semula jadi yang terdapat di negeri ini.

Kar Hing berkata, setakat ini sekurang-kurangnya terdapat 35 buah gunung batu kapur atau gua batu kapur di sekitar kawasan Kinta yang mana tiada sebarang polisi yang jelas untuk digazetkan setiap gunung atau gua batu kapur.

Tambah beliau, kerajaan negeri juga bukannya tidak membenarkan kawasan batu kapur diterokai tetapi ia perlu mengambil kira tentang banyak faktor.

“Perkara ini hanyalah setakat kelulusan dasar tetapi belum ada maklumat teknikal lagi namun dengan adanya polisi, kita boleh melihat semula penggunaan gua atau gunung-gunung batu kapur kerana kita tahu ada banyak gua yang digunapakai untuk tujuan tempat ibadat.

“Bukannya kita tidak benarkan tetapi perlu mengambil kira tentang faktor keselamatan, penganut dan juga pengunjung kerana tempat-tempat ini selalunya akan dibangunkan sebagai tempat ibadat dan juga tempat pelancongan.

“Kalau ada kunjungan yang ramai, parkingnya, pembangunan kawasan tersebut mungkin akan terjejas dari segi struktur batu kapur tersebut.

“Itu sebab kita perlu ada satu polisi untuk membuat kajian keseluruhan tentang penggunaannya dari segi aspek teknikal, keselamatan, geologikal, arkeologikal, warisan dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa terdapat individu telah menceroboh dan memasang beberpa berhala di dalam gua Matsurat tersebut malahan turut membakar dupa dan kertas.

Bukan itu sahaja, terdapat dan dua bekas perkapalan di luar gua yang audah diubah menjadi kabin.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )